- 'AL-USTAZ WAN MOHD SHAGHIR ABDULLAH AL-FATHANI SEBAGAI TOKOH PENGUMPUL & PENGKAJI SEJARAH ULAMA DUNIA MELAYU: USAHA DAN JASA BELIAU', (Kertas kerja dari Persatuan PENGKAJI, yang disediakan oleh Cik Wan Jumaanatul Karamah, dan dibentangkan oleh En. Mohd Saifulrizan Bin Sa'id).
- 'MENGENALI TUAN HAJI SAAID MUFTI KEDAH ULAMA TERSOHOR DI ALAM MELAYU', (Kertas kerja dari Persatuan Keluarga Hj. Mohd Saaid Mufti, Malaysia, yang dibentangkan oleh Ustaz Abd. Razak Bin Abd Rahman)
- 'PENGKISAHAN TUAN HJ. ZAIN B. ABDUL RAHMAN: GURU HIKAM YANG TERSENDIRI', (Kertas kerja dari Majma' Budaya dan Warisan Jawi (MAJMAK), yang disediakan oleh Ustaz Zaid Muhammad Bin Mohd Rais, dan dibentangkan oleh Mejer (B) Mohmad Anuar Ahmad.
Manakala individu seperti Almarhum Ustaz Wan Mohd Shaghir b. Wan Abdullah yang merupakan cucu kepada Syeikh Ahmad Al Fatahni dikategorikan sebagai tokoh yang berjasa dalam mengembalikan kehebatan ulamak melayu silam melalui kajian dan penulisan semula yang diusahakan oleh beliau. Keilmuan beliau juga adalah diakui sehingga menjadi pakar rujuk kepada pelajar-pelajar universiti dan orang awam mahupun ahli agama dalam soal pendapat-pendapat dan keilmuan ulama-ulamak melayu nan silam. Beliau bolehlah dianggap sebagai pencungkil dan orang yang mempertahankan kehebatan ulama nusantara. Tidak keterlaluan dikatakan bahawa beliau telah membuka jalan untuk orang-orang yang mencintai ilmu untuk menghargai dan mencintai tulisan dan jasa-jasa ulama-ulamak melayu yang terdahulu.
....Tuan Haji Zain b. Abdul Rahman seorang tokoh agama pada zamannya yang menjadikan kitab Al Hikam sebagai teks kajiaan dan bacaan dalam pengajarannya kepada murid-murid beliau. Beliau merupakan anak murid kepada Tuan Haji Muhammad Saaid Mufti (Kadhi Jitra) sebelum melanjutkan pelajarannya ke Mekah. Beliau juga merupakan anak murid bahkan juga rakan seperjuangan semasa menuntut ilmu di Mekah. Sungguhpun beliau tidak terkenal tetapi ketokohannya dapat dirasai oleh anak-anak murid beliau sehinggakan anak-anak murid beliau juga mempunyai anak-anak murid yang sangat ramai selepas kepulangannya ke rahmatullah. Memang benarlah kata-kata orang hikmah bahawa pendidikan yang terdapat dalam Al Hikam bukanlah untuk menjadi megah di mata masyarakat bahkan untuk menjadi hamba Allah yang sejati.''