20100531

Rentetan 'Seminar Bicara Ulama Alam Melayu'

[dipetik dari khazanahfathaniyah.blogspot]

Alhamdulillah, hujung minggu baru-baru ini telah berakhir sudah Seminar Bicara Ulama Alam Melayu seperti yang diwar-warkan pada entri sebelum ini. Terdapat 3 pembentangan kertas kerja, yang mana salah satu darinya adalah dari Persatuan PENGKAJI sendiri. Berikut dikongsi judul kertas kerja yang dibentangkan dalam seminar tersebut, iaitu:
(Kertas kerja boleh diperolehi melalui pihak penganjur)
  • 'AL-USTAZ WAN MOHD SHAGHIR ABDULLAH AL-FATHANI SEBAGAI TOKOH PENGUMPUL & PENGKAJI SEJARAH ULAMA DUNIA MELAYU: USAHA DAN JASA BELIAU', (Kertas kerja dari Persatuan PENGKAJI, yang disediakan oleh Cik Wan Jumaanatul Karamah, dan dibentangkan oleh En. Mohd Saifulrizan Bin Sa'id).
  • 'MENGENALI TUAN HAJI SAAID MUFTI KEDAH ULAMA TERSOHOR DI ALAM MELAYU', (Kertas kerja dari Persatuan Keluarga Hj. Mohd Saaid Mufti, Malaysia, yang dibentangkan oleh Ustaz Abd. Razak Bin Abd Rahman)
  • 'PENGKISAHAN TUAN HJ. ZAIN B. ABDUL RAHMAN: GURU HIKAM YANG TERSENDIRI', (Kertas kerja dari Majma' Budaya dan Warisan Jawi (MAJMAK), yang disediakan oleh Ustaz Zaid Muhammad Bin Mohd Rais, dan dibentangkan oleh Mejer (B) Mohmad Anuar Ahmad.

Gambaran ringkas mengenai tokoh-tokoh yang dibicarakan seperti yang dipetik dari penganjur (seperti petikan dari entri sebelum ini), dikira sudah cukup menjelaskan sedikit pengenalan awal mengenainya:

"....Tuan Hj Muhammad Saaid Mufti (Kadhi Jitra) sebagai contoh merupakan guru agama kepada kerabat diraja Kedah dan antara pengarang terawal kitab tafsir Al Quran Berbahasa Melayu. Kitab Tafsir Nurul Ehsan karanngannya masih lagi terjual dan digunapakai dalam kelas-kelas pengajian tafsir di mana-mana pun di nusantara ini.

Manakala individu seperti Almarhum Ustaz Wan Mohd Shaghir b. Wan Abdullah yang merupakan cucu kepada Syeikh Ahmad Al Fatahni dikategorikan sebagai tokoh yang berjasa dalam mengembalikan kehebatan ulamak melayu silam melalui kajian dan penulisan semula yang diusahakan oleh beliau. Keilmuan beliau juga adalah diakui sehingga menjadi pakar rujuk kepada pelajar-pelajar universiti dan orang awam mahupun ahli agama dalam soal pendapat-pendapat dan keilmuan ulama-ulamak melayu nan silam. Beliau bolehlah dianggap sebagai pencungkil dan orang yang mempertahankan kehebatan ulama nusantara. Tidak keterlaluan dikatakan bahawa beliau telah membuka jalan untuk orang-orang yang mencintai ilmu untuk menghargai dan mencintai tulisan dan jasa-jasa ulama-ulamak melayu yang terdahulu.

....Tuan Haji Zain b. Abdul Rahman seorang tokoh agama pada zamannya yang menjadikan kitab Al Hikam sebagai teks kajiaan dan bacaan dalam pengajarannya kepada murid-murid beliau. Beliau merupakan anak murid kepada Tuan Haji Muhammad Saaid Mufti (Kadhi Jitra) sebelum melanjutkan pelajarannya ke Mekah. Beliau juga merupakan anak murid bahkan juga rakan seperjuangan semasa menuntut ilmu di Mekah. Sungguhpun beliau tidak terkenal tetapi ketokohannya dapat dirasai oleh anak-anak murid beliau sehinggakan anak-anak murid beliau juga mempunyai anak-anak murid yang sangat ramai selepas kepulangannya ke rahmatullah. Memang benarlah kata-kata orang hikmah bahawa pendidikan yang terdapat dalam Al Hikam bukanlah untuk menjadi megah di mata masyarakat bahkan untuk menjadi hamba Allah yang sejati.''

Sebelum menutup bicara ini, dipetik sedikit pantun yang dinukil oleh pembentang yang mewakili Persatuan PENGKAJI, En. Mohd Saifulrizan Bin Sa'id pada hari pembentangan tersebut, iaitu:

Tingkah bertingkah paluan rebak,
Menggegar rasa perwira Islam,
Menyingkap wasilah perjuangan Ulama',
Di Seminar Bicara Ulama Silam.

Di Pulau Sialu pesan Jeragan Jaga,
Laluan di sini kerap undang petaka,
Walau bermutu intan luar negara,
Intan di sini tetap terbilang nama.

Di kesempatan ini, kami mewakili pihak Khazanah Fathaniyah dan Persatuan PENGKAJI mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan berbanyak-banyak terima kasih atas undangan pihak penganjur ini. Semoga apa yang telah dikerjakan ini diberkati-Nya. Terima kasih tidak terhingga atas segalanya.

20100522

'BICARA ULAMA' ALAM MELAYU

[ALBUM FOTO SEMINAR PADA 23HB MEI 2010]







[PETIKAN DARI KERTAS KERJA SEMINAR]


TAJUK 1 :
AL-USTAZ WAN SHAGHIR ABDULLAH AL-FATHANI SEBAGAI TOKOH PENGUMPUL & PENGKAJI SEJARAH ULAMA’ DUNIA MELAYU : USAHA DAN JASA BELIAU’

PENGENALAN RINGKAS BIOGRAFI

Sejarah hidup beliau agak panjang untuk diperjelaskan dengan terperinci si sini. Oleh itu, dalam kertas kerja ini hanya dibicarakan secara ringkas sahaja, kerana topik utama yang patut dibicarakan adalah usaha-usaha dan jasa-jasa beliau sebagai pengumpul dan pengkaji sejarah ulama dunia Melayu.

Sebelum menyentuh perkara-perkara lain berkaitan biografi beliau, saya kira perlu diperjelaskan terlebih dahulu mengapa pada akhir nama beliau digelar sebagai ‘ar-Riyauwi al-Fathani’. Adapun ‘ar-Riyauwi al-Fathani’ adalah dinasabkan kepada kedua ibu bapa beliau yang jalur-jalur keturunan adalah berasal dari Johor-Riau dan Fathani Darus-Salam, di samping juga beliau dilahirkan di Pulau Midai, sebuah kepulauan Riau di Indonesia...


TAJUK 2 :
MENGENALI TUAN HAJI SAAID MUFTI KEDAH ULAMA TERSOHOR DI ALAM MELAYU

Pengenalan Peribadi

Hj Mohd Saaid Bin Omar Khatib Bin Aminuddin bin Abd Karim dilahirkan pada tahun 1275 Hijrah bersamaan 1854 Masihi di Kampong Kuar, Jerlun, Kedah. Anak jati Kedah ini merupakan anak yang ketiga daripada empat(4) orang adik beradik seibu dan sebapa iaitu Long, Ngah Bah, Hj Saaid dan Lebai Man. Beliau mempunyai tiga(3) orang saudara tiri daripada perkahwinan pertama ibunya iaitu Wa Jasin, Pak Ngah Jusoh dan Pak Lang Hj Muhamad. Ayahnya di gelar Lebai Omar Khatib disebabkan ketokohan beliau memberi ucapan dan menyampaikan khutbah di khalayak ramai.

Hj Mohd Said adalah pengarang Kitab Tafsir Quran Nurul Ehsan. Seorang pengkaji pernah mengikhtiraf bahawa kitab Tafsir Nurul Ehsan merupakan kitab Jawi yang terbaik di Asia Tenggara. Kitab tersebut pertama kalinya dicetak di Mekah dan dengan izin kerajaan negeri Kedah ianya dicetak di Pulau Pinang. Kitab Tafsir Quran pertama karangan Ulama Melayu menggunakan tulisan Jawi sebelum Ulama terkenal Indonesia Hamka. Selain daripada kitab tafsir Melayu ini, ada banyak kitab tafsir Arab yang diterjemah ke bahasa Melayu. Kitab tafsir beliau di gunakan dalam pengajian agama di negeri Kedah, Perak dan selatan Thailand terutama Pattani. Di sebelah utara Perak, Seberang Prai dan Kedah misalnya, pengajian kitab ini dipakai oleh Dato’ Ust Samsuri Ahmad dan di Taiping Ustaz Zaki....


TAJUK 3 :
PENGKISAHAN TUAN HJ ZAIN B. ABDUL RAHMAN : GURU HIKAM YANG TERSENDIRI

Haji Zain bin Abdul Rahman

Kebiasaannya di kalangan mereka yang tahu dan mengenali Haji Zain bin Abdul Rahman menyebut atau merujuk nama beliau sebagai Pak Aji atau Pak Haji Zain. Nama sebenar beliau ialah Zain bin Abdul Rahman (No. K/P: 3200238) dilahirkan pada tahun 1901 di Kampung Changkat Keledang, Nibol Tebal, Seberang Prai Selatan.1 Ibunya merupakan anak tempatan kampung ini bernama Saoyah manakala ayah beliau dipercayai berasal dari Tanah Jawa Indonesia. Ayah Pak Haji Zain meninggal dunia ketika beliau masih kanak-kanak lagi.2 Ibunya mempunyai seorang adik bernama “Jam”. Mereka berdua merupakan bidan kampung. Pasangan Abdul Rahman dan Saoyah dikurniakan dua orang cahaya mata. Anak yang sulung bernama Siti Fatimah dan Pak Haji Zain sendiri.

Kampung Changkat

Pada masa ini Kampung Changkat Keledang lebih senang dipanggil dengan nama singkatnya sahaja iaitu Kampung Changkat. Kampung ini adalah perkampungan Melayu yang berjiran dengan kampung orang-orang Cina. Jalan masuk ke Changkat adalah melalui Pekan Nibong Tebal atau persimpangan Simpang Empat Jawi. Umumnya orang-orang Melayu di kampung ini dan sekitarnya seperti Kampung Sg. Acheh, Kampung Kedah (dalam daerah Kerian) sehinggalah ke Kota Sarang Semut, Kedah adalah berketurunan Melayu Patani. Nenek moyang mereka telah berhijrah ke sini kesan dari peperangan antara orang-orang Melayu dengan Siam pada tahun-tahun sebelum 1839.3 Dalam peperangan tersebut Kampung Changkat telah menjadi tempat persembunyian seorang panglima bernama Panglima Badaruddin yang terlibat mempertahankan negeri Kedah......

[Kertas kerja lengkap disediakan pada hari seminar]

20100512

Borang Pendaftran online

SEMINAR 'BICARA ULAMA' : sila isi borang ini dengan jelas agar pihak kami dapat menghubungi pihak anda dengan seberapa segera untuk tempahan tempat duduk anda.

TARIKH TUTUP PENDAFTARAN
PADA 22hb Mei 2010 sebelum jam 5.00 ptg


Untuk keselamatan - Sila pastikan yuran pendaftran RM35.00 setiap peserta dibuat secara tunai dipejabat kami atau melalui e-banking ke akaun MayBank 512213205119 atas nama Majma' Budaya dan Warisan Jawi. Keterangan lanjut sila hubungi Sdr Rizal A. Rahman 016-7049076 dan/atau Sdr Zaid 019-2202327




Nama:
Email:
No Telefon:
No. Kad Pengenalan:
Jumlah Penyertaan:
Nama Penyertaan 1:
Nama Penyertaan 2:
Nama Penyertaan 3:
Mewakili Pertubuhan/Jabatan:
Bayaran Melalui Tunai/Bank:



Powered byEMF HTML Forms

Seminar “BICARA ULAMA’ ALAM MELAYU : Menyingkap Wasilah Perjuangan


Pendahuluan:


Peranan ulamak melayu dalam penyebaran ilmu-ilmu Islam di nusantara ini memang tidak boleh dinafikan lagi. Sejak kurun ke 17 lagi ulama melayu sememangnya terkenal dengan keilmuan dan ketokohan mereka bukan sahaja di nusantara tetapi juga di tanah asing seperti Makkah AL Mukarramah.Sebagai contoh, tokoh seperti Syeikh Arshad AlBanjari umpamanya memang terkenal sehinggakan susur galur keturunannya pun menjadi ulamak-ulamak terkenal di seluruh nusantara.

Seminar ini sebenarnya berhasrat untuk mengenang jasa tokoh ulama dan indivdu yang sangat berjasa dalam penyebaran ilmu-ilmu Islam samada melalui penulisan dan pengajarannya.

Tokoh seperti Tuan Hj Muhammad Saaid Mufti (Kadhi Jitra) sebagai contoh merupakan guru agama kepada kerabat diraja Kedah dan antara pengarang terawal kitab tafsir Al Quran Berbahasa Melayu. Kitab Tafsir Nurul Ehsan karanngannya masih lagi terjual dan digunapakai dalam kelas-kelas pengajian tafsir di mana-mana pun di nusantara ini.

Manakala individu seperti Almarhum Ustaz Wan Sagir b. Wan Abdullah yang merupakan cucu kepada Syeikh Ahmad Al Fatahni dikategorikan sebagai tokoh yang berjasa dalam mengembalikan kehebatan ulamak melayu silam melalui kajian dan penulisan semula yang diusahakan oleh beliau. Keilmuan beliau juga adalah diakui sehingga menjadi pakar rujuk kepada pelajar-pelajar universiti dan orang awam mahupun ahli agama dalam soal pendapat-pendapat dan keilmuan ulama-ulamak melayu nan silam. Beliau bolehlah dianggap sebagai pencungkil dan orang yang mempertahankan kehebatan ulama nusantara. Tidak keterlaluan dikatakan bahawa beliau telah membuka jalan untuk orang-orang yang mencintai ilmu untuk menghargai dan mencintai tulisan dan jasa-jasa ulama-ulamak melayu yang terdahulu.

Seminar ini juga bakal berkongsi dengan para peserta seminar tentang ketokohan Tuan Haji Zain b. Abdul Rahman seorang tokoh agama pada zamannya yang menjadikan kitab Al Hikam sebagai teks kajiaan dan bacaan dalam pengajarannya kepada murid-murid beliau. Beliau merupakan anak murid kepada Tuan Haji Muhammad Saaid Mufti (Kadhi Jitra) sebelum melanjutkan pelajarannya ke Mekah. Beliau juga merupakan anak murid bahkan juga rakan seperjuangan semasa menuntut ilmu di Mekah. Sungguhpun beliau tidak terkenal tetapi ketokohannya dapat dirasai oleh anak-anak murid beliau sehinggakan anak-anak murid beliau juga mempunyai anak-anak murid yang sangat ramai selepas kepulangannya ke rahmatullah. Memang benarlah kata-kata orang hikmah bahawa pendidikan yang terdapat dalam Al Hikam bukanlah untuk menjadi megah di mata masyarakat bahkan untuk menjadi hamba Allah yang sejati.

Kesimpulannya seminar ini bakal menyingkap wasilah perjuangan, jasa dan jerih payah tokoh-tokoh yang tersebut di atas dalam sumbangannya kepada anak bangsa agar mencintai ilmu-ilmu Islam bagi meneruskan perjuamgan dan memartabatkan Islam sebagaimana kehendak Allah dan Rasul-Nya.

Objektif:

  1. Menyingkap ketokohan ulama dan ahli agama dalam penyebaran ilmu-ilmu Islam kepada umat Islam
  2. Menghargai dan menghayati jasa dan peranan ulamak-ulamak Melayu.
  3. Menyemai tradisi semangat cintakan menuntut ilmu dan berguru dengan sebenar guru dalam menuntut ilmu.

Sasaran peserta:
Terbuka kepada semua lapisan masyarakat samada pelajar mahupun golongan profesional.

Di jadualkan pada :
23hb Mei 2010 (Ahad) 9 Jamidulakhir 1431
Dari jam 8.30 pagi ~ 1.30 petang
Di Dewan Seminar, Mesjid Negeri Selangor, Shah Alam

Yuran:
RM 35 sahaja untuk seorang termasuk makan minum dan bahan seminar

Pembayaran boleh dimasukkan ke dalam akaun :

Maybank 512213205119

Atas nama Majma' Budaya Dan Warisan Jawi

Pendaftaran penyertaan & Pertanyaan:
Sila hubungi Sdr Rizal 016-7049076 / Sdr Zaid 019-2202327


Ekspedisi 'Jejak Warisan Jawi'

'dari SEMENANJUNG ke AYUTTHAYA'

Ekspedisi Jejak Warisan Jawi ‘dari SEMENANJUNG ke AYUTTHAYA’ anjuran MAJMAK BUDAYA DAN WARISAN JAWI telah berjaya dilaksanakan, bermula dari tarikh 12hb~21hb Februari 2010. Projek ekspedisi ini bertujuan Menjejak sejarah bangsa Melayu dan kesinambungan tinggalannya di Thailand.


Seterusnya merapatkan perhubungan silaturrahim satu bangsa tetapi berlainanan negara dalam satu program yang harmoni, melalui persembahkan kebudayaan Melayu Semananjung kepada masyarakat Melayu Thailand.

Laluan ekspedisi ini bermula dari Klang, Selangor sehinggalah ke Ayutthaya, Thailand dan melalui jalan pantai barat Thailand yang memakan masa selama 10 hari dan perjalanan sejauh lebih 4000 kilometer dengan mengunakan 6 buah kenderaan pacuan 4 roda dari pasukan BLACKWIND ADVENTURE TEAM.

[ Peserta Ekspedisi bergambar bersama penduduk di pulau Koh Klang, Krabi, Thailand ]

Para peserta yang terdiri dari pelbagai bidang pekerjaan seramai 22 orang termasuk 2 orang pemberita dari BERITA HARIAN telah berganding bahu melaksanakan projek ini termasuk membawa sumbangan kepada pihak fakir miskin di selatan Thailand yang telah diuruskan oleh pihak ZAKAT SELANGOR.

Selain itu ekspedisi ini turut membawa logo kempen ‘MELAWAT MALAYSIA’ sebagai salah satu usaha projek ini yang turut memperkenalkan produk pelancongan Malaysia bagi menarik pelancong Thailand ke Malaysia.

Sila lihat perkembangan seterusnya di JEJAK WARISAN JAWI