20100522

'BICARA ULAMA' ALAM MELAYU

[ALBUM FOTO SEMINAR PADA 23HB MEI 2010]







[PETIKAN DARI KERTAS KERJA SEMINAR]


TAJUK 1 :
AL-USTAZ WAN SHAGHIR ABDULLAH AL-FATHANI SEBAGAI TOKOH PENGUMPUL & PENGKAJI SEJARAH ULAMA’ DUNIA MELAYU : USAHA DAN JASA BELIAU’

PENGENALAN RINGKAS BIOGRAFI

Sejarah hidup beliau agak panjang untuk diperjelaskan dengan terperinci si sini. Oleh itu, dalam kertas kerja ini hanya dibicarakan secara ringkas sahaja, kerana topik utama yang patut dibicarakan adalah usaha-usaha dan jasa-jasa beliau sebagai pengumpul dan pengkaji sejarah ulama dunia Melayu.

Sebelum menyentuh perkara-perkara lain berkaitan biografi beliau, saya kira perlu diperjelaskan terlebih dahulu mengapa pada akhir nama beliau digelar sebagai ‘ar-Riyauwi al-Fathani’. Adapun ‘ar-Riyauwi al-Fathani’ adalah dinasabkan kepada kedua ibu bapa beliau yang jalur-jalur keturunan adalah berasal dari Johor-Riau dan Fathani Darus-Salam, di samping juga beliau dilahirkan di Pulau Midai, sebuah kepulauan Riau di Indonesia...


TAJUK 2 :
MENGENALI TUAN HAJI SAAID MUFTI KEDAH ULAMA TERSOHOR DI ALAM MELAYU

Pengenalan Peribadi

Hj Mohd Saaid Bin Omar Khatib Bin Aminuddin bin Abd Karim dilahirkan pada tahun 1275 Hijrah bersamaan 1854 Masihi di Kampong Kuar, Jerlun, Kedah. Anak jati Kedah ini merupakan anak yang ketiga daripada empat(4) orang adik beradik seibu dan sebapa iaitu Long, Ngah Bah, Hj Saaid dan Lebai Man. Beliau mempunyai tiga(3) orang saudara tiri daripada perkahwinan pertama ibunya iaitu Wa Jasin, Pak Ngah Jusoh dan Pak Lang Hj Muhamad. Ayahnya di gelar Lebai Omar Khatib disebabkan ketokohan beliau memberi ucapan dan menyampaikan khutbah di khalayak ramai.

Hj Mohd Said adalah pengarang Kitab Tafsir Quran Nurul Ehsan. Seorang pengkaji pernah mengikhtiraf bahawa kitab Tafsir Nurul Ehsan merupakan kitab Jawi yang terbaik di Asia Tenggara. Kitab tersebut pertama kalinya dicetak di Mekah dan dengan izin kerajaan negeri Kedah ianya dicetak di Pulau Pinang. Kitab Tafsir Quran pertama karangan Ulama Melayu menggunakan tulisan Jawi sebelum Ulama terkenal Indonesia Hamka. Selain daripada kitab tafsir Melayu ini, ada banyak kitab tafsir Arab yang diterjemah ke bahasa Melayu. Kitab tafsir beliau di gunakan dalam pengajian agama di negeri Kedah, Perak dan selatan Thailand terutama Pattani. Di sebelah utara Perak, Seberang Prai dan Kedah misalnya, pengajian kitab ini dipakai oleh Dato’ Ust Samsuri Ahmad dan di Taiping Ustaz Zaki....


TAJUK 3 :
PENGKISAHAN TUAN HJ ZAIN B. ABDUL RAHMAN : GURU HIKAM YANG TERSENDIRI

Haji Zain bin Abdul Rahman

Kebiasaannya di kalangan mereka yang tahu dan mengenali Haji Zain bin Abdul Rahman menyebut atau merujuk nama beliau sebagai Pak Aji atau Pak Haji Zain. Nama sebenar beliau ialah Zain bin Abdul Rahman (No. K/P: 3200238) dilahirkan pada tahun 1901 di Kampung Changkat Keledang, Nibol Tebal, Seberang Prai Selatan.1 Ibunya merupakan anak tempatan kampung ini bernama Saoyah manakala ayah beliau dipercayai berasal dari Tanah Jawa Indonesia. Ayah Pak Haji Zain meninggal dunia ketika beliau masih kanak-kanak lagi.2 Ibunya mempunyai seorang adik bernama “Jam”. Mereka berdua merupakan bidan kampung. Pasangan Abdul Rahman dan Saoyah dikurniakan dua orang cahaya mata. Anak yang sulung bernama Siti Fatimah dan Pak Haji Zain sendiri.

Kampung Changkat

Pada masa ini Kampung Changkat Keledang lebih senang dipanggil dengan nama singkatnya sahaja iaitu Kampung Changkat. Kampung ini adalah perkampungan Melayu yang berjiran dengan kampung orang-orang Cina. Jalan masuk ke Changkat adalah melalui Pekan Nibong Tebal atau persimpangan Simpang Empat Jawi. Umumnya orang-orang Melayu di kampung ini dan sekitarnya seperti Kampung Sg. Acheh, Kampung Kedah (dalam daerah Kerian) sehinggalah ke Kota Sarang Semut, Kedah adalah berketurunan Melayu Patani. Nenek moyang mereka telah berhijrah ke sini kesan dari peperangan antara orang-orang Melayu dengan Siam pada tahun-tahun sebelum 1839.3 Dalam peperangan tersebut Kampung Changkat telah menjadi tempat persembunyian seorang panglima bernama Panglima Badaruddin yang terlibat mempertahankan negeri Kedah......

[Kertas kerja lengkap disediakan pada hari seminar]

No comments:

Post a Comment